Miss R!ya

Miss R!ya

Tuesday, 11 October 2011

Kasih Sayang Ayah (BABA)



Lakaran garisan diwajahnya yang timbul setiap kali melonjak kepada usia baru sudah cukup memberi erti kepada kegigihan malah kesungguhannya untuk mendidik anak sendiri.
Tiada yang diimpikan,melainkan melihat anak sendiri berjaya dalam semua prospek mahupun duniawi ataupun akhirat. Kehilangannya,kerukunan institusi keluarga itu mungkin akan sedikit longgar.
Dialah ketua, dialah idola, dialah segala-galanya. Dialah bapa. Bapa yang merupakan peneraju bagi anak-anak mahupun isteri untuk berlindung.
Dia tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya,yang dapat mengirimkan bacaan doa kepadanya apabila dia tiada nanti, yang sentiasa melakukan kebaikan untuk nusa dan bangsa. Adakah kita seperti yang dia inginkan?
Renungkan sejenak, mengambil semula nostalgia lama, menghirup semula memori dahulu, adakah kita pernah melukakan hati dia? Sering ingkar akan arahannya? Adakah kita tidak berfikir, kesukarannya dulu menjaga kita diwaktu kecil, bersengkang mata bagi memastikan kita nyenyak, mengikat perut demi memastikan kita tidak kelaparan, malah memberikan keselesaan kepada kita dengan memberikan segala-galanya yang kita inginkan. Segantang emas belum tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dia lakukan. Teramat besar pengorbanannya.
Tiada bapa yang mahu melihat anaknya ketagihan dadah, yang mahu anaknya menjadi penipu, yang mahu anaknya menjadi pengemis. Dia cuma mahu anaknya menjadi seorang yang berguna, yang dapat menimbulkan gelora bangga dan kesyukuran kerana pengorbanannya mendidik kita tidak sia-sia.
Mari kita tepuk dada sejenak, bertanya kepada diri sendiri, apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menjadi anak yang dapat membanggakan dia? Adakah kita pernah berusaha sedemikian rupa? Atau kita sekadar berusaha untuk kekasih hati kita yang bila-bila masa akan meninggalkan kita? Fikirkan!
Rata-rata timbul disetiap pelusuk dada-dada akhbar,memaparkan kesalahan sosial golongan kita pada masa kini yang setiap saat ada sahaja timbul isu yang baru.
Isu pembuangan bayi masih belum-belum lagi berhenti, masalah dadah, mencuri, bahkan membunuh ibu bapa sendiri. Inikah diri kita yang boleh dikatakan dapat membanggakannya? Berlinang air matanya apabila melihat anak sendiri terlibat dalam masalah sosial, bergolok gadai mengupah peguam dirinya demi memastikan anak sendiri bebas dari penjara, tetapi setelah bebas, kesalahan yang sama masih dilakukan.
Bagaimana kita hendak membalas jasanya,sedangkan diri sendiri masih di awangan? Permasalahan sosial ini bukan berpunca dari kita semua, tetapi hampir semua, yang dari setiap detik semakin membarah dari hari ke hari.
"Ya Allah jadikan kami ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapa kami,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruh kami melanggar perintah-Mu."

Mengapa Harus Menutup Aurat????


alt
Tidak berhijab dan mempamerkan perhiasan akan mengundang fitnah bagi lelaki. Seorang wanita apabila mempamerkan bentuk tubuh dan perhiasannya di hadapan lelaki bukan mahram, jelas akan mengundang perhatian kaum lelaki yang berhidung belang dan serigala berbulu domba.
Jika ada kesempatan mereka pasti akan mencari mangsa dengan ganas laksana singa sedang kelaparan.
Seorang penyair berkata:
"Berawal dari pandangan lalu senyuman kemudian salam disusul pembicaraan lalu berakhir dengan janji dan pertemuan."
Sesungguhnya Allah memerintahkan hijab untuk menghilangkan pelbagai macam fitnah (kerosakan). Jika pelbagai macam fitnah redup dan lenyap, maka masyarakat yang dihuni oleh kaum wanita berhijab akan lebih aman dan selamat dari fitnah.
Sebaliknya, masyarakat yang dihuni oleh wanita yang gemar bertabarruj (berdandan secara berlebihan), dedah aurat dan keindahan tubuh, sangatlah mudah terjebak dengan ancaman pelbagai fitnah dan gangguan seksual serta nafsu syahwat yang membawa malapetaka dan kehancuran yang sangat besar.
Jasad yang menampakkan bentuk tubuh badan akan jelas memancing perhatian dan pandangan kaum lelaki. Itulah tahap pertama bagi penghancuran dan kerosakan moral dan peradaban sebuah masyarakat.
"Sungguh akan merasakan manisnya Iman, seseorang yang telah rela Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul utusan Allah."(HR Muslim)
"Setiap umatku (yang bersalah) akan dimaafkan, kecuali orang yang secara terang-terangan (berbuat maksiat)."(Hr.Bukhari)
Sementara wanita yang mendedahkan aurat dan keindahan tubuh sama ertinya dia telah berani menampakkan kemaksiatan secara terang-terangan.
Jangan menelanjangi diri dengan berpakaian ketat atau sempit.
Bagaimana kita menyayangi orang lain sedangkan diri sendiri tidak mampu kita sayangi.
Sudahkah anda berhijab?
Kebenaran hanya milik Allah.

I M!sS U Forever










Orang Asli "BATEK"

Hye....kat sini riya nak share tentang Orang Asli "BATEK" yang tinggal di Hutan Taman Negara Pahang. Riya pown baru tau tentang nie..coz semua nie bpunca dari Kes yg riya xdapat join Geng Rakan Masjid ke Cameron Highland bcoz time tu, kat umah ade wat doa selamat mak ngan baba nak g HAJI. So, riya mengalah n ustad bagi lah assignment lain... Tup tap tup tap....Riya kena buat Perkembangan Orang asli "BATEK" di Malaysia. Seriusly...memang xtau yang ade kaum batek kt malaysia nie...!!! Xsangka rupanya, ade banyak sgt suku kaum orang asli yang still menetap kt hutan.. Research punye research, dah siap assignment riya nie.. Nie antara gambar2 orang asli "BATEK" yang riya amik dr Google Images.









Sunday, 9 October 2011

Panggilan Haji

Alhamdulillah Ya Allah...kerana kau telah memanggil seruan haji utk mak ngan baba pada tahun ini..2011..!!!!
Terlalu sulit rasanya bila mak ngan baba tiada di sisi....di samping kami adik beradik...!!!! Aku sebagai kakak yg sulung..akan memikul tanggungjwb yang telalu besar selama ketiadaan mak dan baba di rumah.. Semoga Allah sentiasa memberi aku ketabahan dan kesabaran dalam menjaga adik2 ku.. Ni ada lah pertama kalinya kami berpisah jauh..namun aku harus merelakan kerana mak dan baba ke sana, dgn bertujuan utk menunaikan Ibadah..!!! bukan berseronok atau bercuti.. Ya Allah, permudahkan lah setiap urusan mereka di sana..dan sekembalinya mereka nanti, mereka mendapat Haji yang MABRUR..Amin2 yarabbal alamin...

SaKi!T PewoT

Sejak kebelakangan nie...selalu sakit perot...?? nape erk.?? 
Saya salah makan ke ape..???Huurrmm....musykil........!!!!
 Ya aLLah....berikan lah hambamu kesihatan yang baik...dan permudahkan lah setiap urusan hambamu nie... After this, kena jaga pemakanan btol2... jgn main bedal n belasah jer..??? 
Hope, rase sakit perot nie akan berkurang bile nak dtg bulan nanti..*_*