Miss R!ya

Miss R!ya

Friday 11 May 2012

Teka-teki Lawak!!!!!

Soalan:Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Jawapan: Kuih salah bikin.

Soalan:Binatang ape power Karate?
Jawapan: Kuda belang.Cube kira brape black belt dia ade.

Soalan:Siape yang menemukan dompet kulit?
Jawapan: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

Soalan:Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Jawapan: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Soalan:Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Jawapan: Pembohong...

Soalan:Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Jawapan: Usus

Soalan:Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Jawapan: Kutu rambut

Soalan:Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Jawapan: Neneknye si katak
 

Soalan:Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Jawapan: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Soalan:Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Jawapan: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
               - Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

Soalan:Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Jawapan: Dua-dua tak kenal korang...hehe

Soalan:Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Jawapan: Tukang gali kubur

Soalan:Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Jawapan: Tahi hidung

Soalan:Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Jawapan: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

Soalan:Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Jawapan: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

Soalan:Gajah terbang dengan ape?
Jawapan: Dengan susah payah......

Kebaikan Surah Al-Waqiah


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat dan kelebihan, antara lain:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
     
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
     
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
     
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
     
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
     
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.